Koji Uehara
Koji Uehara

Koji Uehara

MLBTemplat:MedalOlympicsKoji Uehara (上原 浩治, Uehara Kōji, [ɯehara koːdʑi]; lahir 3 April 1975) merupakan bekas pemain besbol Jepun yang beraksi sebagai pelempar. Beliau pernah bermain untuk Yomiuri Giants di Nippon Professional Baseball (NPB) serta pasukan Baltimore Orioles, Texas Rangers, Boston Red Sox dan Chicago Cubs di Major League Baseball (MLB).Seorang pelempar bertangan kanan, Uehara memiliki karier MLB dengan mencatatkan kadar strikeout 10.7 K/9 inning dan kadar walk 1.5 BB/9 inning menerusi musim 2017. Pada musim yang sama, karier beliau mencatatkan 7.33 K/BB sekali gus menjadi kadaran terbaik dalam sejarah MLB untuk mana-mana pemain yang telah melempar sekurang-kurangnya 100 inning.[1] Uehara merangkul anugerah MVP ALCS 2013 sebelum menutup tirai dengan membantu pasukannya menjuarai World Series 2013 menentang St. Louis Cardinals. Hasil pencapaian itu, beliau menjadi salah seorang daripada 16 pemain dalam sejarah yang telah menjuarai World Series dan World Baseball Classic.

Koji Uehara

Rekod menang-kalah 22–26
Strikeout 572
Purata peroleh larian 2.66
Save 95